Saturday, November 14, 2009


Majlis berbuka puasa dianjurkan oleh PBS gabungan Bahagian N. 56 Apas, N. 55 Balung, N. 57 Sri Tanjung, N.58 Merotai dan N. 59 Tg. Batu. Majlis telah diadakan dirumah kediaman En. Alai Illahibaskh. Tetamu kerhormat yang telah hadir ialah YB. Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB. Sarapin Magana dan Ketua Bahagian Usukan En. Lin Hj. Harun dan AMT parti En. Aripin Chai.

Dianggarkan lebih kurang 150 ahli PBS telah menghadiri majlis itu. Turut hadir di majlis itu ialah En. Samson Gapid, Ketua Bahagian N. 59 Tg. Batu, En. Fung Len Fui, Ketua Bahagian N. 57 Sri Tanjung, En. Hasin Nawa, Ketua Bahagian N. 58 Merotai dan wakil-wakil daripada Bahagian N. 55 Balung.

Friday, November 13, 2009


Wakil rakyat N. 59 Tg. Batu, YB. Datuk Hajjah Hamisah Samat, menghadiri jemputan ke majlis perasmian pesta Kaamatan anjuran cawangan PBS kg. Mukandut Luasong pada 22hb. Mei 2009. Kelihatan ketua cawangan PBS En. KK Sapari KK Rusok dan juga ketua bahagian PBS N. 59 Tg Batu En. Samson Gapid hadir bersama dalam majlis tersebut.

Ketua Bahagian N. 59 Tg Batu En. Samson Gapid, Ketua Bahagian N. 58 Merotai En. Hasin Nawa, Ketua Bahagian N. 52 Sulabayan Okk Hj. Ispal Hj. Adok dan beberapa perwakilan daripada Tanjung Batu bergambar bersama Presiden Parti YB. Datuk Seri Joseph Pairin Datuk Kitingan semasa perhimpunan agung PBS kali yang ke 24 di Hongkod KDCA, Kota KInabalu pada 9hb. November 2009.

Sunday, November 1, 2009

Kg. Bombalai-Tawau

Ketua Bahagian PBS N. 59 Tanjung Batu En. Samson Gapid bersama dengan wakil rakyat Merotai YB. Pang Nyuk Ming menghadiri majlis gotong royong yang diadakan oleh Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut.