

Hujan lebat yang sekejap sahaja telah mengakibatkan jalan raya menuju ke Kampung Tg. Batu Keramat dilimpahi air. Air naik mendadak dan menengelami jalan raya amat merisaukan dan menganggu pengguna yang lalu lalang serta perkampungan. Ini juga menyukarkan anak-anak sekolah yang melintasi jalan ini.
Perkara ini terjadi akibat parit yang tidak cukup lebar dan dalam. Parit juga dipercayai tersumbat oleh sampah sarap. Keadaan ini mengakibatkan bangunan balai raya dalam keadaan yang tidak dapat digunakan. Keadaan ini harus diberi perhatian dan memerlukan pembaikan dengan segera supaya banjir yang lebih besar dapat diatasi.
No comments:
Post a Comment